Posted by Memey AngeLs
On 23.26
~::♥♥ANDAI LELAKI TAHU♥♥::~
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia
tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia
sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan
yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang
terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu
berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi
untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan
kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan
kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu
akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat
kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love
u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki
itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi
juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih
baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau
menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang
terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu
tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan
bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana
lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan
saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya
mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka
saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air
matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang
lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu
tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang
dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak
kita sebagai manusia adalah berlomba- lomba menyebarluaskan kata-kata
kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan
cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut
menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan
mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya
Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. Wallahu a’lam bish-shawab
Semoga bermanfa'at.insya Allah
Bilamana catatan ini dirasa bermanfaat bagi Para Sahabat ?
Maka Sebarkanlah dgn cara klik tombol "share/bagikan" dibawah catatan ini,
semoga membawa PERUBAHAN ke yang lebih baik bagi Bangsa ini & menjadi amal jariyah bagi kita semua,aamiin... :-)
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.
salam,
BalasHapuswanita memang makhluk yang penuh misteri, bahkan seorang psikolog kenamaan sigmund freud pun merasa kalah untuk mendeteksi perasaan seorang wanita, bahkan semua lelaki pun akan berkata yang sama tentang wanita sebab hanya ALLAH sang penguasa hati hambanya makhluk wanita itu,jujur sangat susah memahami wanita..
Nice...
Hapus